Wednesday, August 25, 2010

Manusia Zaman Sekarang


Manusia zaman sekarang
Maju melangkah ke masa depan
Digunakannya teknologi untuk kebaikan semua,
Dengan agenda sendiri yang diteraskan.

Keinginannya menjalar , keperluannya meningkat pesat
Sampai dasar campur tangan dihebohkan hebat
Kepercayaan kepada tuhan , prinsip yang tidak penting lagi
Kepercayaan pengesyoran hitam putih manusia ditandatangani.

Manusia zaman sekarang,
tercicir pedoman dalam perjalanan
kecuaian semulajadi yang kerap meningkat
Di mana semua yang benar , sebenarnya tak siuman

Pengabaian penggunaan akhlak kini dibenarkan
Semua yang terkini sempat dimuatkan
kedalam jiwa , dalam tukaran hari.
Tak guna pun adanya esok
Kalau boleh , cepat go-stan atau belok!

Tarikh luput tetap masa depan - peperangan
Senjata kabur seketika , nanti akan terang menyinar
tertarik insan , berikut-ikutan
sebati ke kemerduan kekecohan

Maka hiduplah si Manusia
Dari denai ke jalan bandar raya
semuanya akan berubah dengan kemerosotan ini
dan jentera hitam akan terus membina
kompleks besar ini satu ketika dahulu hutan.

Bisikan iblis walaupun seketika
tenang yang cemas saat saat bom nuklear
pilihan yang tak masuk akal oleh yang konon waras
Ilusi hidup parah untuk semua paras.

Ada mereka yang giat menyemai benih benci dalam hati
Insan merebut , ribut dilihat tak tentu arah
tahu tak tahu , nak jugak , tak kisah.
Malam hujung minggu KL , semua pun jadi rockstar
yang penting kena glamor , janji jalan macam orang penting sudah.

Tak guna sebenarnya , walaupun jalan ke hujung dunia
jikalau perwatakan sebenarmu disembunyikan
yang diharap memimpin diukir bahan mudah pecah
pastinya akan retak , dengan pegangan yang salah.

Manusia , hebat ke tak , tidak sempurna
dilahirkan ke dunia ini , boleh mati bila bila sahaja
fikirlah dulu , tukarlah cara-cara mu sekarang
Masih sempat , masih ada masa .
tukarlah cara mu , sebelum semuanya tiada. 



No comments:

Post a Comment